oleh: WADINA ANNISA ROSLI AFFANDI
Tanjong Malim, Perak, 16 November 2025 – Program FIVE on FIVE: Futsal Tournament merupakan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Exco Sukan dan Rekreasi, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kolaborasi Persatuan Anak Negeri Perlis (PERMAPS) yang telah berlangsung dengan jayanya dan telah melibatkan seramai 112 orang pemain daripada 16 pasukan, yang merangkumi penyertaan dari Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Awang Had Salleh (KAHS) dan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).







