LATAR BELAKANG

Nama Kolej Harun Aminurrashid di ambil bersempena dengan nama seorang tokoh penulis melayu iaitu Harun Aminurrashid. HARUN AMINURRASHID juga dikenali dengan nama pena Har, Gustam Negara dan Atma Jiwa; dilahirkan di Singapura pada 8 Ogos 1907 di Kampung Teluk Kurau. Harun mula bersekolah di Sekolah Melayu Telok Kurau; kemudian di Maktab Latihan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, pada usia kira-kira tujuh belas tahun. Setelah tamat pelajarannya di maktab itu, beliau menjadi guru di maktab itu juga. Pada tahun 1939, beliau telah dihantar ke Brunei sebagai ‘Penguasa Pelajaran’ hingga tahun 1945. Selepas Perang Dunia kedua (1946), beliau telah dihantar kembali ke Singapura. Harun juga menggunakan nama Si Ketuit untuk ruangan pojok dalam majalah-majalah Warta Jenaka dan Hiboran. Harun meninggal dunia pada 9.11.1986. Novel pertama Harun ialah Melur Kuala Lumpur yang diterbitkan dalam bulan April 1930 di Tanjung Malim.

ALUMNI KHAR

Dr. Sani Araby Al-Kahery atau nama sebenar beliau Ahmad Sani Araby Bin Dato’ Abdul Alim Araby merupakan seorang alumni UPSI dan Kolej Harun Aminurrashid merupakan tokoh korporat yang berjaya membina syarikat perniagaan dan beliau juga begitu aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan serta kemasyarakatan dalam & luar negara. Dilahirkan di Pulau Pinang pada 4hb Julai 1984, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga berketerunan campuran Arab-Melayu, beliau lebih dikenali sebagai Sani Araby Al-Kahery di media massa dan sosial. Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau meletakkan prinsip “Pioneering & Versatility ” dalam mode kepimpinan dan kemasyarakatan. Beliau berpandangan bahawa setiap apa yang dilakukan perlulah dilaksanakan dalam standard yang High-Impact, mengutamakan strategi yang berkesan, seminima kos serta tenaga dan memberi manfaat yang besar serta bersifat multiple effect impact.