KHAR bertekad menjadi kolej kediaman no.1 di UPSI sebagai tempat pembelajaran kedua dalam memenuhi hasrat dan matlamat universiti.

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan sistematik, fasiliti yang berkualiti dan persekitaran yang kondusif dalam mewujudkan generasi pelajar yang cemerlang dalam akademik dan pembentukan akhlak.

“Kecemerlangan, Kesatuan, Keunggulan”

Objektif Kualiti JHEPA

  • Semua pelajar ijazah sarjana muda dan diploma sepenuh masa (100%) terlibat dengan aktiviti pembangunan sahsiah dalam tempoh pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Semua pelajar (100%) menerima perkhidmatan kebajikan yang disediakan dalam tempoh pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Objektif Kualiti KHAR

  • Memastikan kaki tanan melengkapkan 40 mata CDP mengikut Kompitensi yang ditetapkan (Wajib, Umum, Teras dan Khusus).
  • Memastikan 90% Takwim Aktiviti yang di daftarkan dengan JHEPA dilaksanakan mengikut tarikh yang didaftarkan.
  • Memastikan 30% Pelajar yang mengikut aktiviti mencapai objektif program yang dianjurkan Majlis Mahasiswa Kolej.
  • Melaksanakan 20 jam Program berbentuk kesukarelawan dan 1 program pendedahan Global.